THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Jumaat, 29 Mei 2009

Sekadar Renungan .........

Assalammualaikum wahai sahabatku
Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Rabu, 13 Mei 2009

Hadrah Kampung Yaman.....

Sesi latihan hadrah kampung yaman...... kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil hadrah kampung yaman untuk meraikan pengantin baru.... boleh menghubungi
pak su 019-4627743
harga berpatutan












Kunjungilah Tapak Perkelahan Air Itam.....

Inilah salah satu tempat perkelahan yang terdapat di kampung yaman. Dari kampung yaman hendak ke tapak perkelahan air itam dalam 7 kilometer tak jauh pun. Walaupun tapak perkelahan ini namanya air itam tapi airya jernih tak hitam.... sejuk sangat......
untuk para pengunjung yang jauh boleh menginap di sini. Banyak rumah rehat disediakan
di setiap tapak perkelahan
































INILAH SERBA SEDIKIT PERMANDANGAN
DI SEKITAR TAPAK PERKELAHAN AIR ITAM
"DATANG JANGAN TAK DATANG"





Selasa, 12 Mei 2009

UsAhAwAn AhLi KeLaB pPiK.............

SOS CILI CAP TIGA BURUNG......

inilah usahawan belia dan beliawanis
ahli kelab ppik kg yaman
yang sedang giat dijalankan sekarang ini....
sesiapa yang berminat untuk merasa sos cili ini
boleh terus hubungi penyelia ppik
atau pun boleh terus menghubungi
puan zainab bin awang ditalian 016-5042775 @ 058880635
harga sebotol sos cili ini ialah RM1.80 sahaja.
Resepi sos cili tiga burung
Cili
pes tomato
gula
cuka
garam
dan kondisiner makanan yg dibenarkan

antara belia dan beliawanis yang terlibat dalam proses membuat sos cili tiga burung ini ialah :
abang ari, abang isa, encik yaakob,puan robiah, puan zai, puan salmah, puan wan dan juga yg terlibat dlm proses membuat sos cili cap tiga burung ini....

"SOS CILI CAP TIGA BURUNG MEMANG BEST AND THE BEST"

CEPAT-CEPAT DAPATKAN
SOS CILI CAP TIGA BURUNG
SEKARANG !!!!!!

Proses-proses pembuatan sos cili......