THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Rabu, 18 Februari 2009

Aktiviti Sukaneka bersama komuniti.......

Bertemu kembali diruangan blog kampung yaman untuk kali ini. Agak lama saya tak update blog kampung yaman kerana terlalu sibuk dengan latihan komuniti dan juga target yang pihak maxis kehendaki. Alhamdulilah setakat ni setiap bulan ppik kampung yaman dapat mencapai target yang pihak maxis kehendaki.

Ruangan blog kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kampung yaman baru-baru ini bersama dengan komuniti setempat anjuran Sekolah Rendah Agama Rakyat Hayatul Islamiah. Sukaneka ini dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Tajuddin Bin Mat Jali. Aktiviti ini dijalankan pada hari ahad bersamaan 15 Feb 2009. Sekolah Rendah Agama Rakyat ini telah menganjurkan sukaneka untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga komuniti setempat. Sukaneka ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diantara penduduk kampung tanpa mengenal bangsa mahupun keturunan, sukaneka ini bermula dari pukul 9.30pagi hinggalah pukul 5.30petang. Tapi saya tak tunggu sampai habis pun..... maklum sajalah.....

Berbagai acara dijalankan antaranya ialah mengutip gula-gula untuk kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah, Berlari membawa gelung getah menggunakan straw untuk tahun satu, Melontar buah pinang dalam bakul untul tahun dua, berterompah tempurung kelapa untuk tahun tiga, susun tin bertingkat-tingkat untuk tahun empat, lari dalam guni membawa air untuk tahun lima dan jalan berkaki bangku untuk tahun enam. Antara acara untuk kaum ibu pulak berjalan membawa liling yang sedang menyela dan mengupas bawang putih dan acara untuk kaum bapa tarik tali tiga pejuru.

Acara sukan utk pelajar, ibubapa & kanak-kanak.......



















































Antara kaum Ibu & Bapa yg hadir utk memberi sokongan kepada anak-anak mereka.....