THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Rabu, 21 Oktober 2009

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati.......

Inilah Gambar salah seorang AJK PPIK yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Saya pun agak terkejut dengan berita kematian ini kerana sehari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir beliau, saya ada sms dengan beliau pasal hala tuju PPIK. Pada keesokkan harinya saya mendapat berita tentang kematiannya dari suami saya, saya terkejut dan sukar untuk mempercayai. Tapi apa boleh buat jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditangan tuhan. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh KAK INA semoga beliau ditempatkan di tempat orang-orang yang solehah...... AMIN
AL-FATIHAH

Selasa, 20 Oktober 2009

DuGaAn DaRi YaNg MaHa EsA.........

Bertemu kembali didalam ruangan blog kali ni. Agak lama saya menyepikan diri kerana ada masalah teknikal sedikit. Kali ini saya menceritakan tentang banjir yang melanda kampung yaman baru-baru ini dimana umat islam yang sedang sibuk untuk menyambut kedatangan 1 SYAWAL 2009 baru-baru ni. Gambar ni saya ambil dirumah salah seorang AJK PPIK. Kesian saya tengok segala persiapan untuk menyambut hari lebaran menjadi kucar kacir.... Tapi nak buat macam mana kan ini semuanya dugaaan dari yang maha esa.... tentu ada hikmah disebalik semua ini......


















Sabtu, 27 Jun 2009

Mai la makan durian.....

Hai bertemu kembali diruangan Blog Kampung Yaman..... kali ni saya ingin menceritakan tentang musim buah durian. Pergi sana buah durian.... pergi sini pun buah durian.... naik pening tengok.... tapi bila makan sedap tak terkata...... Kepada kawan-kawan semua kalau nak rasa buah durian batu kurau mai la kat PPIK KG YAMAN. Rugi tau kalau tak mai sebab durian batu kurau lain sikit dari yang lain.
YAN TU RO CI NIN NIN
TAK YA BOK NGOK
DURIAN BATU KURAU ISI KUNING-KUNING
TAK PERCAYA BUKA TENGOK














SEDAPNYA TAK TERKATA !!!!!!


Khamis, 18 Jun 2009

Krusus Maxis Cyberkids Bersama Komuniti....

Krusus Maxis Cyberkids Bersama Komuniti (latihan Untuk Penyelia), Di Hotel Sheraton & Tower Kuala Lumpur Pada 13 June - 15 June 2009......
3 Hari 2 malam Saya Menghadiri Krusus Maxis Cyberkids ni Di Kuala Lumpur. Seramai 40 Site PPIK yang Terpilih daripada 250 site PPIK yang sedia ada. Pening.....Pening..... Bukannya pening apa, cuma pening kerana ada satu lagi kerja yang perlu dipikul iaitu update Portal Maxis Cyberkids. Boleh Ke buat? Boleh Ke Tak boleh Saya akan cuba yang terbaik..... I AM THE BEST
Kepada kawan-kawan yang tak dapat menghadiri Krusus ni jangan berkecil hati, tiada apa pun perubahan pada krusus sebelum ni cuma saya dapat mempelajari cara nak update Portal Maxis Cyberkids.

Gambar Sekitar Krusus Dijalankan......
















Gambar Sekitar Krusus Dijalankan......






















Jumaat, 29 Mei 2009

Sekadar Renungan .........

Assalammualaikum wahai sahabatku
Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Rabu, 13 Mei 2009

Hadrah Kampung Yaman.....

Sesi latihan hadrah kampung yaman...... kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil hadrah kampung yaman untuk meraikan pengantin baru.... boleh menghubungi
pak su 019-4627743
harga berpatutan












Kunjungilah Tapak Perkelahan Air Itam.....

Inilah salah satu tempat perkelahan yang terdapat di kampung yaman. Dari kampung yaman hendak ke tapak perkelahan air itam dalam 7 kilometer tak jauh pun. Walaupun tapak perkelahan ini namanya air itam tapi airya jernih tak hitam.... sejuk sangat......
untuk para pengunjung yang jauh boleh menginap di sini. Banyak rumah rehat disediakan
di setiap tapak perkelahan
































INILAH SERBA SEDIKIT PERMANDANGAN
DI SEKITAR TAPAK PERKELAHAN AIR ITAM
"DATANG JANGAN TAK DATANG"





Selasa, 12 Mei 2009

UsAhAwAn AhLi KeLaB pPiK.............

SOS CILI CAP TIGA BURUNG......

inilah usahawan belia dan beliawanis
ahli kelab ppik kg yaman
yang sedang giat dijalankan sekarang ini....
sesiapa yang berminat untuk merasa sos cili ini
boleh terus hubungi penyelia ppik
atau pun boleh terus menghubungi
puan zainab bin awang ditalian 016-5042775 @ 058880635
harga sebotol sos cili ini ialah RM1.80 sahaja.
Resepi sos cili tiga burung
Cili
pes tomato
gula
cuka
garam
dan kondisiner makanan yg dibenarkan

antara belia dan beliawanis yang terlibat dalam proses membuat sos cili tiga burung ini ialah :
abang ari, abang isa, encik yaakob,puan robiah, puan zai, puan salmah, puan wan dan juga yg terlibat dlm proses membuat sos cili cap tiga burung ini....

"SOS CILI CAP TIGA BURUNG MEMANG BEST AND THE BEST"

CEPAT-CEPAT DAPATKAN
SOS CILI CAP TIGA BURUNG
SEKARANG !!!!!!

Proses-proses pembuatan sos cili......
















Rabu, 18 Februari 2009

Aktiviti Sukaneka bersama komuniti.......

Bertemu kembali diruangan blog kampung yaman untuk kali ini. Agak lama saya tak update blog kampung yaman kerana terlalu sibuk dengan latihan komuniti dan juga target yang pihak maxis kehendaki. Alhamdulilah setakat ni setiap bulan ppik kampung yaman dapat mencapai target yang pihak maxis kehendaki.

Ruangan blog kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kampung yaman baru-baru ini bersama dengan komuniti setempat anjuran Sekolah Rendah Agama Rakyat Hayatul Islamiah. Sukaneka ini dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Tajuddin Bin Mat Jali. Aktiviti ini dijalankan pada hari ahad bersamaan 15 Feb 2009. Sekolah Rendah Agama Rakyat ini telah menganjurkan sukaneka untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga komuniti setempat. Sukaneka ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diantara penduduk kampung tanpa mengenal bangsa mahupun keturunan, sukaneka ini bermula dari pukul 9.30pagi hinggalah pukul 5.30petang. Tapi saya tak tunggu sampai habis pun..... maklum sajalah.....

Berbagai acara dijalankan antaranya ialah mengutip gula-gula untuk kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah, Berlari membawa gelung getah menggunakan straw untuk tahun satu, Melontar buah pinang dalam bakul untul tahun dua, berterompah tempurung kelapa untuk tahun tiga, susun tin bertingkat-tingkat untuk tahun empat, lari dalam guni membawa air untuk tahun lima dan jalan berkaki bangku untuk tahun enam. Antara acara untuk kaum ibu pulak berjalan membawa liling yang sedang menyela dan mengupas bawang putih dan acara untuk kaum bapa tarik tali tiga pejuru.

Acara sukan utk pelajar, ibubapa & kanak-kanak.......



















































Antara kaum Ibu & Bapa yg hadir utk memberi sokongan kepada anak-anak mereka.....