THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Rabu, 21 Oktober 2009

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati.......

Inilah Gambar salah seorang AJK PPIK yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Saya pun agak terkejut dengan berita kematian ini kerana sehari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir beliau, saya ada sms dengan beliau pasal hala tuju PPIK. Pada keesokkan harinya saya mendapat berita tentang kematiannya dari suami saya, saya terkejut dan sukar untuk mempercayai. Tapi apa boleh buat jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditangan tuhan. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh KAK INA semoga beliau ditempatkan di tempat orang-orang yang solehah...... AMIN
AL-FATIHAH

Selasa, 20 Oktober 2009

DuGaAn DaRi YaNg MaHa EsA.........

Bertemu kembali didalam ruangan blog kali ni. Agak lama saya menyepikan diri kerana ada masalah teknikal sedikit. Kali ini saya menceritakan tentang banjir yang melanda kampung yaman baru-baru ini dimana umat islam yang sedang sibuk untuk menyambut kedatangan 1 SYAWAL 2009 baru-baru ni. Gambar ni saya ambil dirumah salah seorang AJK PPIK. Kesian saya tengok segala persiapan untuk menyambut hari lebaran menjadi kucar kacir.... Tapi nak buat macam mana kan ini semuanya dugaaan dari yang maha esa.... tentu ada hikmah disebalik semua ini......