THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Rabu, 10 Disember 2008

Peristiwa Hari Raya....













Assalamualaikum.....
Bertemu kita lagi di laman blog Kampung Yaman. Kali ini saya ingin menceritakan suasana menyembut hari raya Korban baru-baru ni di kampung saya. Terlalu banyak sangat orang yang membuat korban ni sampai tak termakan dibuatnya...... tapi dalam sibuk-sibuk membuat kerja dan menjamu selara saya sempat juga mengambil gambar semasa Majlis korban yang dijalankan..... Saya bukannya makan daging lembu atau kerbau tapi saya pi hanya bagi memeriahkan lagi suasana..... Tapi yang sedihnya semasa orang semua tengah sibuk-sibuk saya dikejutkan dengan penggilan telefon dari anak sedara saya yang menyatakan ayah saya jatuh semasa nak bangun dari tempat duduk. Saya pung terus meninggalkan majlis korban tu dan terus balik tengok ayah saya. Kami sekeluarga sepakat membawa ayah pi ke hospital sebab dia mengadu sakit dada dan belakang. Sekarang ni ayah saya dimasukkan ke wad di Hospital Taiping. Saya pun tak pergi menziarahi ayah lagi sebab sibuk sangat dengan latihan komuniti.....

Khamis, 4 Disember 2008

Latihan Komuniti.......

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Assalammualaikum dan salam sejahtera......

Bertemu lagi kita di ruangan blog kampung yaman ini..... PPIK Kg Yaman telah pun menjalankan latihan ICT. Alhamdullilah..... setakat ni PPIK kg yaman telah pun mempunyai ahli seramai 30 lebih. Saya jalankan 2 kelas.. sebelah pagi 1 kelas bermula dari 9.30 pg hingga11.30 pg dan sebelah ptg 1 kelas bermula dari 2.30 ptg hingga 4.30 ptg. erm bunyi mcm senang kan tapi hakikatnya.... saya je yg tahu.... ada setengah user tu sekali ajar dah boleh dan ada setengah tu berkali-kali ajar tak boleh2 sampai naik pening kepala saya dibuatnya. Tapi tak apa untuk membangunkan penduduk kg saya bersabar. sesukar mana pun saya akan cuba yg terbaik dan harapan saya hasilnya nanti juga yg terbaik

Yakin Boleh!!!!!! Rozie Pun Boleh!!!!!

Khamis, 27 November 2008

Gambar Penyelia Perak Dengan Mentor dari Warisan Global

Penyelia ppik perak bersama mentor dari warisan global
Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Pengenalan kepada PPIK......

INILAH BANGUNAN PPIK KUNING DIRAJA......

[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Glitter Photos


[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]



Lokasi PPIK:-

PPIK KAMPUNG YAMAN
KAMPUNG BATU 20
34520 BATU KURAU
PERAK DARUL RIDZUAN




Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti ( PPIK ) merupakan salah satu Projek Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ( KTAK ) dengan kerjasama Maxis Broaband Sdn Bhd di bawah Program USP Fasa 5. PPIK Kampung Yaman mula beroperasi pada 2 Mei 2007 bertempat di sebelah Perpustakaan Desa Kampung Yaman. Pusat ini di wujudkan untuk memberi khidmat bakti kepada komuniti Kampung Yaman tanpa mengira umur,bangsa dan agama.

Matlamat PPIK ialah ‘Merapatkan Jurang Minda’ di kalangan penduduk bandar dan luar bandar serta membantu meningkatkan sosio-ekonomi komuniti setempat.

Objektif PPIK :
Ø Memberi Latihan IT percuma kepada masyarakat setempat tanpa mengira umur,bangsa dan agama.
Ø Merapatkan jurang digital antara penduduk Bandar dan Luar Bandar
Ø Melahirkan anggota komuniti dalam pembangunan sosial ekonomi dan sejarah tempatan
Ø Memastikan setiap masyarakat khususnya penduduk Luar Bandar dan kawasan pendalaman menikmati kemudahan teknologi maklumat.
AJK-AJK PPIK:
Penaung : Encik Ridzuan
Pengerusi : Encik Yusri B. Yahya
Timbalan Pengerusi : Encik Jaafar B. Yahaya
Setiusaha & Bendahari : Puan Roziah Rohani
Penolong Setiausaha : Encik Rahman B. Sallah
Penolong Bendahri : Puan Robiah Bt Gani
Ajk-ajk
Encik Harun B. Abdul Razzak
Puan Sariah
Puan Zalina
Puan Hajjah Halijah

Rabu, 26 November 2008

Sejarah Kampung Yaman.......

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Pada awal kurun dahulu, terdapat seorang peneroka yang mula-mula menjumpai Kampung ini yang bernama Tok Yaman. Kemudian, setelah wujudnya penempatan di kampung tersebut lalu, nama Yaman menjadi tanda nama Kampung ini. Dengan itu, penduduk di kampung ini sentiasa menamakan nama kampung mereka sebagai Kampung Yaman sempena nama peneroka Tok Yaman pada ketika itu. Perubahan yang ketara dari segi kemudahannya yang semakin di naik taraf oleh pihak kerajaan dari masa ke semasa. Pembangunan dari segi sekolah, perpustakaan, masjid dan laluan jalanraya yang berturap menjadi salah satu perubahan yang ketara dapat dilihat oleh penduduk kampung di sini. Antara Kampung-kampung sekitar ialah
Kampung batu 19 1/2, Kampung Tersusun, Kampung Sungai Nangka, Kampung Sungai Manik, Kampung Siam, Kampung Padang Das, Kampung Batu 20, Kampung Batu 21, Kampung Batu 22 dan Kampung Batu 23